menu

Monday, January 24, 2011

Selamat Datang ke Dunia Sains Dan Teknologi

Maksud Teknologi dan Penjelasan Berkaitan Dengannya.
Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.

Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu dianggap lebih baik berbanding yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4 dianggap lebih pantas berbanding pemproses mikro Pentium 3 dan sebelumnya.


Maksud Sains dan Huraiannya
"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Pada dasarnya, semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian, Mencari Keseragaman, dan Pembentukan Teori dan Hukum.


Teknologi: Mencipta Masalah Lain Untuk Menyelesaikan Satu Masalah Khusus?
Kita dapati dunia hari ini diancam dengan berbagai-bagai isu alam sekitar seperti pemanasan global, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, pencemaran laut, kesan sisa radioaktif dan sebagainya.

Teknologi enjin kenderaan berasaskan minyak petrol didapati mampu menyelesaikan masalah pengangkutan yang lambat tetapi pada masa yang sama memberi kesan kepada alam sekitar. Karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan-kenderaan berenjin petrol dan diesel ini turut memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Bahan-bahan kegunaan manusia berasaskan plastik pula didapati sukar untuk dilupuskan secara semulajadi dan meningkatkan lagi pencemaran alam sekitar. Adakah harga sesuatu kemudahan yang dicipta berasaskan teknologi itu menuntut pengorbanan unsur semula jadi sebagai bayarannya?

Manusia terus berusaha mencipta peralatan dan kemudahan berasaskan teknologi terbaru sejak beribu-ribu tahun lampau. Sepanjang tempoh itu, kita dapati kerosakan dan pencemaran menjadi pengiring bagi hampir semua ciptaan manusia. Teknologi hidroelektrik yang menggunakan empangan telah memusnahkan hutan-hutan tadahan air di serata dunia, teknologi nuklear pula meninggalkan sisa-sisa radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan bumi. Dilaporkan juga terdapat beratus-ratus bendasing yang persekitaran orbit bumi, hasil tinggalan stesen-stesen angkasa yang berada di angkasa lepas.

Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi baru dengan harapan dapat mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan secara keseluruhan kepada umat manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi ciptaan manusia tidak dapat dinafikan membantu mengubah kehidupan manusia. Pelbagai jenis penyakit dapat dirawat, pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan, tetapi manusia tetap manusia.

No comments:

Post a Comment